Monday, February 3, 2014

KALAU LAH AKU.......

Akhir-akhir ini terasa sangat aku...mana taknya, boleh dikatakan semua barang yang digunakan seharian dah naik harga..Ni berita terbaru pulak mengatakan Insiran kereta motor pun nak naik lagi...Dah la terbeban dengan kos sara hidup harian..Tambah pulak yang tahunan ni pun nak naik...(ntah-ntah dah naik). Langsung tak logik dek akal..Dimana la hak rakyat? Dimana hak rakyat untuk dibela?? Tahun demi tahun hanya rakyat yang didahulukan dengan segala kos-kos yang mencekik dan menjerut rakyat. Dalam media bukan main lagi berslogan "WASATIYAH".... Tapi mana wasatiah dari pemimpin??Rakyat wasatiyah macam mana pun memang dah macam tu..dah tak ada apa dah...Pemimpin pulak gemar keluar sana, keluar sini guna wang rakyat..Perabih duit yang menjadi hak rakyat. Sedar la sedikit wahai-wahai pencekik darah semua...Duit yang anda gunakan itu adalah duit rakyat. Bukan duit gaji anda...Jikalau la ada pilihanraya sekarang ni...aku rasa inilah penggal engkau yang terakhir..Aku tak akan memilih engkau "DULU KINI DAN SELAMANYA".
Aku sangat hairan kenapa rakyat masih tidak dapat menilai seseorang pemimpin yang hendak dipilihnya. Adakah kerana wang ringgit "BR1M"??. Adakah kita telah ditipu hidup-hidup.. Tapi dalam Al-Quran ada ayat mengenai pemimpin dan rakyat yang bertelagah di akhirat.Jika kita tolak satu ayat dalam Al-Quran, maka kufur lah kita.. ayat tersebut dipetik dalam surah Saba' ayat 30-34.maksudnya 30. Katakanlah: "Bagimu ada hari yang Telah dijanjikan (hari kiamat) yang tiada dapat kamu minta mundur daripadanya barang sesaatpun dan tidak (pula) kamu dapat meminta supaya diajukan ". 31. Dan orang-orang kafir berkata: "Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Quran Ini dan tidak (pula) kepada Kitab yang sebelumnya". dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadap kan perkataan kepada sebagian yang lain; orang-orang yang dianggap lemah Berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "Kalau tidaklah Karena kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman". 32. Orang-orang yang menyombongkan diri Berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: "Kamikah yang Telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa". 33. Dan orang-orang yang dianggap lemah Berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) Sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya". kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang Telah mereka kerjakan. 34. Dan kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatanpun, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya". Biarlah ada orang kata PAS itu "PARTI AJARAN SESAT". Tapi hakikatnya mereka cuba untuk menerapkan nilai-nilai keislaman pada semua rakyat. Nilai-nilai keislaman adalah universal dan untuk semua...Tidak semestinya orang bukan Islam yang mempunyai ciri-ciri keislaman dan nilai-nilai keislaman telah memeluk Islam. Dalam ISLAM, "La Ikro Hafiddin" membawa maksud tiada paksaan dalam Islam. Maksudnya Islam tidak memaksa Orang bukan Islam atau sesiapa sahaja memeluk Islam, tetapi jika telah memeluk Islam, maka dia perlu ikut syarat dan peraturan dalam Islam. Sejak dua menjak ini, berita-berita dalam media massa selalu melabelkan orang Islam sebagai pengganas...Mengapa?? Sebabnya orang Islam tu sendiri yang tak pernah hendak bersatu sehinggakan terdapat dalam kalangan mereka sendiri yang menentang Islam...Kenapa begitu?? Adakah kerana wang ringgit??
Aku hendak mencoret lagi tapi masa kurang....nanti aku sambung lagi corat-coret ini..

0 comments:

 
Powered by Blogger