Tuesday, February 4, 2014
Bebanan Lagi
Hari ini dapat lagi berita yang sangat baik dalam slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Janji Dicapatikan". Mana tidaknya, insuran bagi kenderaan bermotor naik lagi 15%. Ini kerana, bagi pemilik kenderaan bermotor, wajib bagi mereka membeli insuran kenderaan untuk memperbaharui Cukai Jalan Kenderaan.Setelah pengguna dibebankan dengan kenaikan demi kenaikan, syarikat insuran juga mengambil kesempatan untuk mencekik darah dengan menaikkan lagi harga yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan. Apa lagi yang perlu dibuat oleh rakyat??Mereka dikikis habis...Jangan pula nanti timbul perkara negatif yang dilakukan oleh mereka untuk menampung perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. Apa perlu dibuat oleh pengguna atau lebih khusus lagi oleh Rakyat Jelata??Pak Menteri kata ubah cara hidup...Nak ubah macam mana lagi??Rakyat memang dah ubah pun cara hidup...Cuma Pak-Pak Menteri yang tak reti nak berubah..Lagi membazir ada la...Apa pilihan yang rakyat ada?? Saya rasa memang ada..bukan ubah cara hidup yg sudah berubah...yang sudah bersederhana...kita berhak mengubah PEMIMPIN YANG MENYUSAHKAN RAKYAT..Apa ada guna ada pemimpin kalau rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk memenuhkan temolok pemimpin yang RAKUS.


0 comments:
Post a Comment