Thursday, February 6, 2014

CALON PRK KAJANG (PKR)-DISOKONG OLEH BEKAS SARJAN

INI ADALAH MAKLUMAT KEPADA SEMUA..JIKA ADA YANG TAK SUDI NAK BACA, ABAIKAN JER...






Bekas Sarjan yang menjaga Anwar di lokap Bukit Aman sokong KEADILAN

Sarjan (B) Raslan Samsudin kini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras-Kajang

Raslan merupakan anggota polis yang ditugaskan menjaga Anwar di lokap ibu pejabat polis Bukit Aman, sehari selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

“Saya tak sangka Datuk Seri Anwar akan bertanding disini. Sebagai orang Kajang, saya rasa bertuah,” “Insya Allah, orang-orang kampung disini akan menyokong Anwar,” kata Raslan yang kini merupakan Imam di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang.

Kali pertama bertemu Anwar di lokap sehari selepas dipukul bekas Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, Raslan berkata, beliau terkejut melihat keadaan Menteri Kewangan tersebut.

“Saya tengok beliau dalam keadaan lemah. Kepalanya merah (luka). Malangnya, Anwar tak dibenarkan ke hospital. Sebab ketika itu pembesar Polis cuba nak tutup kes (tumbuk mata),” katanya.
“Syif tugasan saya sehari selepas Anwar dimasukkan ke lokap. Bila tengok keadaannya begitu, saya catit keadaan fizikal Anwar dalam laporan diari polis sebagai bukti dan rekod.

“Tapi dengan kuasa Allah, perkara itu tak boleh disembunyikan. Tiga hari selepas ditahan, seluruh dunia dapat lihat keadaan mata Anwar yang lebam.

“Bukan senang orang Kajang nak dapat Adun macam dia (Anwar). Kalau Datuk Seri (Anwar) yang jadi wakil rakyat kita, kira untunglah,” kata Raslan


SUMBER DARI : https://www.facebook.com/PRsupporter

0 comments:

 
Powered by Blogger